BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, Ogos 10, 2010

Situsasi Cintaku

11 Ogos 2010
1 Ramadhan 1431H

Pagi ini aku mula sahur buat pertama kali untuk bulan ramadhan tahun ini. Puasa tahun ini aku harap sama dengan tahun lepas. Puasa yg menuntut aku menahan lapar n dahaga serta perkara-perkara yg dapat membatalkan puasa.


Puasa aku harap penuh dengan keberkatan walaupun tahun ini aku seorang diri. Walaupun tahun ini aku bukan lagi seperti teman-teman aku yg ada awek o isteri. Namun apa yg penting bagi aku, hidup mesti diteruskan, bukan terus mengharap. Aku tetap bersyukur kerana masih ada insan yg ambil berat tentang diri ini.


Dalam diam-diam aku tetap terfikir tentang si dia. Betul kata orang cinta pertama memang susah nak dilupakan. Namun cinta pada maha Pencinta dan Rasul adalah cinta yg abadi. Cinta yg tiada tandingan. Cinta yg tak ada kesudahan. Cinta yg suci. Cinta yg betul-betul cinta. Itulah cinta yg aku cari selama ini.


Cinta bagi seseorang adalah berbeza. Ada yg cintakan dunia lebih dari segalanya. Ada yg cintakan tanah air lebih dari segalanya. Ada yg cintakan agama dari segalanya. Bagiku cintaku untuk semua. Aku ingat lagi ustaz masa sekolah dulu pernah kata 'jangan bercinta sampai lupa akhirat n dunia, sebab kedua-dua penting'. Kata ini lah aku akan ingat sampai tua, sampai aku khawin, sampai aku tua, sampai akhir hayatku.

Bercakap tentang siapa yg masih ambil berat tentang insan lemah ini sudah tentu sorang insan yg lihat tentang kekusutan aku. Sorang insan yg dapat lihat kekecewaan hati aku. Yg dapat agak kesedihan hati ini. Siapakah dia?? Entahlah. Biarkanlah.


Biarkan untuk seketika sebab ada benda yg lebih penting dari semua ini. Perjuagan aku yg utama bukan tentang cinta kepada seseorang sekarang ini. Mungkin lepas-lepas ini akan aku cari cinta itu. Kalau ada jodoh takkan kemana.

0 ulasan: