Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.
NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam keadaan kecemasan dan berada dalam kawasan yang tiada liputan, cuba dail nombor kecemasan 112, ianya boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad locked)TELEFON KENA CURI

KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri sebenarnya masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati di saat-saat kecemasan, tentu anda memerlukannya kan untuk menghubungi orang. Oleh yang demikian, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Bagaimana mengaktifkannya? Anda perlu menekan kekunci *3370# dan telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula. Skrin telefon anda akan memberitahu anda tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus dan kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.