Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.
Perkataan cinta dalam kehidupan manusia adalah lumrah.Satu perasaan yang Allah kurniakan pada manusia untuk saling berkasih-kasihan. Namun, ada juga manusia yang sering memainkan persaan yang dikurniakan. Malah ada juga manusia yang terlalu taksub dengan perasaan tu sampai tak bersyukur, malah tersampai terikut-ikut dengan persaan yang disulami dengan bisikan syaitan.
Terdapat sorang insan yang amat mencintai kekasihnya tapi cintanya dipermainkan. Ada juga insan yang ingin di cintai tapi kekasihnya hanya mencintai benda lain yang terdapat pada dirinya. Mengapa benda ni harus berlaku??
Mengapa benda ni harus terjadi?? Adakah silap insan yang tidak memahami apa tu cinta @ melihat cinta dari sudut yang lain??
Bagiku, cinta hanya la satu perasaan pinjaman dari yang Allah. Hanya Dia berhak terhadap pemberian pinjaman-Nya. Kita pula harus menjaga sebaik mungkin. Tapi adai kata Allah menarik kembali pemberian-Nya, kita sebagai hambanya harus reda dengan seikhlas hati. Bukan reda dengan terpaksa.
Allah tidak pernak memberi kesusahan pada hambanya yang tidak dapat ditanggung olehnya. Segala ujian yang diturunkan adalah untuk kita menunjukkan keimanan dan ketaqwaan.
Walaupun kita mememohon di berikan bunga dan rama-rama yang cantik tapi Allah memberikan kepada kita sepohon kaktus yang berduri serta seekor ulat beluncas yang memusnahkan tanaman. Percayalah pemberian Allah adalah pemberian yang terbaik pada waktu yang sesuai yang kita tidak ketahui.
pohon berduri yangg kita bencikan itu akan hasilkan bunga yang cantik. beluncas yang mendatangkan kegelian menjadi rama-rama yang snagt cantik. Janganlah kita melihat cinta itu sebagai perasaan yang abadi serta kekal sebagai milik kita.
Reda serta tawakat adalah jalan terbaik untuk menemui cinta yang sesuai dengan kita.
Dicatat oleh PuTera RunSing di 11:30 PTG
masa bercinta
u suka i pun suka...
ke mana pergi pun tak pa...
asalkan kita ja berdua...
naik turun bus pun tak pa...
berjalan tengah panas pun tak apa..
sampai bergetah ketiak jadinya...
semua tu duka dan suka...
masa u suka, i pun suka...
tapai yg u suka i pun suka...
walaupun tak penah rasa...
petai yg u suka, i telan jua...
sampai tercekik, i tetap suka...
kita sama-sama ketawa...
masa u suka, i pun suka...
pakai macam mana pun tak apa...
pakai baju oren, tudung merah pun ok ja...
tudung u senget, i kata tak apa...
u tetap cantik jelita...
baru kawin, tahun pertama...
u suka, i lagi2 suka...
dunia nie macam kita yang punya...
seminggu bermain dalam bilik ja...
sampai makan minum pun lupa...
bila dah anak dapat dua...
mula la nak bertukar cerita...
apa yang u suka, i dah tak suka...
mula la muka msam mencuka...
sebab petai yang u suka i dah x kuasa...
habis bilik air bau hancing jadinya...
mungkin salah i juga...
sebab manjakan u dengan petai ja...
i suka, u mula tak suka...
namun, dalam hati i hanya u yang i ada...
dalam hal bercinta kita kena saling percaya...
jangan lupa kepada-Nya kita berdoa...
Kelekaan terhadap sesuatu perkara membuat kita tertinggal akan perkara yg sangat penting. Perkara yg sangat diperlukan dalam hidup. Dengan kelekaan kita terpaksa menunggu masa yg lain utk perkara itu datang. Mungkin masa kita menunggu itu akan datang dan mungkin juga perkara itu tidak akan datang lagi. Kita akan di tinggalkan. Kita akan ketinggalan. Semua ini sudah menjadi kebiasaan apabila kiata leka akan perkara yg remeh temeh. Perkara yg tidak penting. Ini semua mainan dunia yg di kawal oleh mereka yg ingin kita kecundang, ingin lihat kita hanyut dengan perkara yg tidak mendatangkan faedah.
Siapakah mereka???
11 Ogos 2010
1 Ramadhan 1431H
Pagi ini aku mula sahur buat pertama kali untuk bulan ramadhan tahun ini. Puasa tahun ini aku harap sama dengan tahun lepas. Puasa yg menuntut aku menahan lapar n dahaga serta perkara-perkara yg dapat membatalkan puasa.
Puasa aku harap penuh dengan keberkatan walaupun tahun ini aku seorang diri. Walaupun tahun ini aku bukan lagi seperti teman-teman aku yg ada awek o isteri. Namun apa yg penting bagi aku, hidup mesti diteruskan, bukan terus mengharap. Aku tetap bersyukur kerana masih ada insan yg ambil berat tentang diri ini.
Dalam diam-diam aku tetap terfikir tentang si dia. Betul kata orang cinta pertama memang susah nak dilupakan. Namun cinta pada maha Pencinta dan Rasul adalah cinta yg abadi. Cinta yg tiada tandingan. Cinta yg tak ada kesudahan. Cinta yg suci. Cinta yg betul-betul cinta. Itulah cinta yg aku cari selama ini.
Cinta bagi seseorang adalah berbeza. Ada yg cintakan dunia lebih dari segalanya. Ada yg cintakan tanah air lebih dari segalanya. Ada yg cintakan agama dari segalanya. Bagiku cintaku untuk semua. Aku ingat lagi ustaz masa sekolah dulu pernah kata 'jangan bercinta sampai lupa akhirat n dunia, sebab kedua-dua penting'. Kata ini lah aku akan ingat sampai tua, sampai aku khawin, sampai aku tua, sampai akhir hayatku.
Bercakap tentang siapa yg masih ambil berat tentang insan lemah ini sudah tentu sorang insan yg lihat tentang kekusutan aku. Sorang insan yg dapat lihat kekecewaan hati aku. Yg dapat agak kesedihan hati ini. Siapakah dia?? Entahlah. Biarkanlah.
Biarkan untuk seketika sebab ada benda yg lebih penting dari semua ini. Perjuagan aku yg utama bukan tentang cinta kepada seseorang sekarang ini. Mungkin lepas-lepas ini akan aku cari cinta itu. Kalau ada jodoh takkan kemana.
Dicatat oleh PuTera RunSing di 3:59 PG