BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Rabu, Mac 23, 2011

Menjadi Pahlawan


Jika disebut tentang pahlawan, tentu ramai terbayang akan seorang lelaki gagah menggenggam sebilah pedang.
Pedang yang tajam, bersilau. Tapi bukan itu yang penulis maksudkan sebagai pahlawan. Pahlawan yang putera maksudkan adalah pejuang. Pejuang yang berjuang untuk mencapai matlamat. Tidak kisah la sama ada matlamat individu atau matlamat kumpulan. Kenapa putera cerita tentang pahlawan ini???

Sebab putera berceloteh tentang pahlawan nie dalam minggu nie sahaja, putera telah melalui peristiwa sebagai pejuang. Menjadi pejuang menawan puncak Gunung Bubu. Siap ada tawanan lagi.

Semasa mula menjejak kaki di sana. Mood pahlawan tu memang down dah. Tapi bila bayangkan keindahan puncak gunung, kepuasan dapat sampai ke puncak n ingin merasa semangat kerjasama sesama ahli. Mood berjuang tu terus membara. Kerjasama antara ahli memang tip top la. Walaupun dugaan kali ini x sehebat dugaan d gunung bintang tapi kenagan tu tetap indah. Tetap ada keunikkannya yang tersendiri.

putera selitkan juga pic yang ada agar mewujudkan kejelesan pembaca.
hahaha









Tapi sebelum bergembira di puncak, kami terpaksa menderita dengan musuh yang tidak diundang. Nak tau
 siapakah musuh itu...........



bayangkan lah.....

tidur bersama pacat di malam hari..berjalan bertemankan pacat di siang hari...

tapi dengan kecekalan serta semangat pahlawan, kami di bayar dengan keindahan ciptaan yang Maha Esa.







Kepuasan terpancar di setiap wajah kami. Alhamdulillah...........


Selasa, Mac 15, 2011

Malique

Aku sememangnya suka pada kanak2. Tambah2 kanak2 laki. Dia pnyo comel tak jemu mata memandang. syok ja tengok gelagat dia. sekarang dah berusia 11 bulan. Lagi sebulan cukup setahun. Tapi dah pandai posing macam dah 3 4 tahun. Nie dia pic aku snap. Comel la..........

 

 
senyum malu2.....

 


sedang fikir nak possing mcm mna....hehe

Jumaat, Mac 11, 2011

Bebas atau Terkongkong???


Post kali nie aku nak cerita tentang hal yg berlaku petang tadi. Adakah kebebasan yang kita cari dapat membahagiakan kita?? Atau kongkongan akan membahagiakan kita??

Persoalan yang sering dimainkan oleh remaja kini. Mereka inginkan kebebasan, kebebasan yang sebagaimana mereka inginkan?? Adakah kebebasan tanpa kongkongan keluarga??Atau kebebasan tanpa ikatan dan peraturan hidup??

Jika itu yang diinginkan remaja,mengapa masih ada yang bersedih??Mengapa masih ada yang kecewa?? Persoalan ini pula yang timbul ketika aku melihat seorang gadis yang kesedihan, raut wajah yang kecewa. Padahal aku tengok segala kebebasan yang dia ada. Rambutnya bebas di lihat lelaki bukan muhrim, dada yang putih bebas merasa angin petang, tangan yang bebas di sentuh pelbagai lelaki, kesemuanya bebas. Tapi mengapa masih bermuram??mengapa masih kecewa??

Mungkin si gadis tu ada masalah keluarga. Ya, itu mungkin.
Mungkin si gadis tu ada masalah dengan BF. Ya, itu mungkin.
Mungkin si gadis tu ada masalah dengan study. Ya., itu mungkin.

Segalanya mungkin. Dan mungkin juga si gadis tu ada masalah dengan kehidupan yang terlampau bebas. ITU JUGA MUNGKIN.

Selepas aku berjalan dan berpikir dan terus berpikir secara manusia yang serba kekurangan ini. Aku rasa kerana terlalu bebas si gadis tu kecewa. Kecewa kerana kebebasan tidak membahagiakan dia. Kenapa??? Sebab, kebebasan yang dia pilih tu salah. Silap. Tak betul.
 
Selagi sesorang tu bergelar insan, bergelar manusia dan bukannya mayat selagi tu la manusia tu, insan tu kena ikut peraturan. Kena hidup dalam kongkongan yang membawa kebahagiaan. Kenapa??? Sebab, kongkongan dalam agama membawa kebahagiaan. Lelaki lain haram menyentuh wanita yang bukan muhrim untuk apa??Untuk lelaki tu mencurahkan kasih sayangnya pada wanita yang halal dan harus serta wajib lelaki tu boleh menyentuh wanita tu. Dengan ini, kasih sayang yang di salurkan pada lelaki itu tidak akan berbelah bahagi pada wanita lain.

Si gadis tadi adalah contoh tauladan. Bukan contoh hinaan. Tiada manusia sempurna bak bulan purnama..........

Rabu, Mac 09, 2011

PERSAUDARAAN















Sudah lama benar aku tak aktifkan blog nie. Hidup aku bukanlah sesibuk menteri. tapi tiada cerita yang hendak di luahkan. Selama aku menyendiri dalam kehidupan yang serba serbi indah dan makmur ini. Tercalit sedikit perkara yang tidak enak di mata serta di hati.



Beberapa hari yang lepas (perhhh...ayat skema habis lah...hahaha) aku sempat bergaul dengan sekumpulan remaja sedaya dan ada juga yang tua dari aku. Masa berada dalam group tu, aku bersakan ikatan persaudaraan yang amat erat, yang amat kuat. Yang selama ini aku tak pernah merasa. Yala, sebelum ini aku bergaul dengan kawan2 yang aku anggap sahabat. Tapi masa berada dalam group ini aku merasakan berkawan tapi mereka mengaggap sebagai saudara mereka.

Ikatan yang mereka jalinkan teramat tersa kita ini amat bernilai, amat berharga sert kita dihormati seperti saudara terdekat mereka. Kumpulan remaja yang aku katakan tadi adalah satu kumpulan yang bergelar D-Team. Apa benda D-Team nie??? Kumpulan ini di tubuhkan di suatu kawasan kampung dalam daerah Kulim, Kedah. Di kampung ini, anak2 muda mereka amat berkerjasama, mereka dapat bergaul bukan sebagai kawan, bukan sebagai sahabat TAPI sebagai saudara. Memang mereka adalah saudara Islam, tapi hubungan yang dijalinkan mereka adalah ikatan saudara terdekat mereka.

Mungkin pembaca akan bertanya2 kenapa D-Team. D adalah Dangau. Dangau adalah nama pondok kecil. Macam pondok dalam dusun menunggu durian jatuh ke bumi. Dangau yang dibina oleh remaja kampung ini dalah satu temapt untuk mereka berjumpa, bermesyuarat, bersembang2, serta apa2 saja. Malahan di dangau ini juga tempat mereka beribadat. Jangan di salah anggap mereka ini adlah remaja berpelesiran di kaki2 lima, di shooping kompleks, di jalam raya. mereka adalah remaja yang terhindar dari semua gejala songsang.

Berpatah balik tentang ikatan persaudaraan. Ikatan itu aku mersakan adalah penting di jalin oleh remaja seluruh Malaysia. Ikatan yang di tubuhkan untuk menjaga sesama sendiri. bukan mengangap lain kumpulan adalah lain saudara. Tapi dengan terteranya kad pengenalan berlambangkan bendera malaysia, serta fasih bahasa Melayu, serta beragama Islam, harus lah kita menjalinkan persaudaraan. Bukan sekadar saudara sesama Islam, mlah saudara terdekat agar segala perbuatan yang akan dilakukan saudara kita akan memalukan kita juga.

This is a Good Wan (One) Chinese Names - Annie Wan (Anyone)


Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)

Operator : Yes, you can speak to me.  

Caller: No, I want to speak to Annie Wan! 

Operator: You are talking to someone! 
Who is this?  

Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.  

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?  

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.  

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!  

Caller: You are so rude! Who are you?  

Operator: I'm Saw Lee. (sorry)  

Caller: Yes! You should be sorry. 
Now give me your name!!


hahahahahaha.........

Isnin, Januari 17, 2011

ciri - ciri wanita yg slalu menjadi perhatian...



SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat padawanita yang bersikap keibuan, lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

JADILAH WANITA YG SOLEHAH.....

Ahad, Disember 12, 2010

kelebihan yg ada pada enset hangpa.............

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.


NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam keadaan kecemasan dan berada dalam kawasan yang tiada liputan, cuba dail nombor kecemasan 112, ianya boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad locked)

TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak aktif dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail kod *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit, catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat yang selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh menghubungi pusat servis telefon bimbit anda dan memberikan mereka kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti berasa hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, telefon bimbit tersebut tetap tidak akan berfungsi. Jadi, walaupun telefon bimbit anda telah di curi, sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri tidak boleh menggunakannya ataupun menjualkannya.

KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri sebenarnya masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati di saat-saat kecemasan, tentu anda memerlukannya kan untuk menghubungi orang. Oleh yang demikian, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Bagaimana mengaktifkannya? Anda perlu menekan kekunci *3370# dan telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula. Skrin telefon anda akan memberitahu anda tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus dan kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.