BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, Januari 01, 2013

KRABI


Kenagan bersama kawan2 trip ke Krabi Thailand...
































Khamis, April 07, 2011

!@#$%^&@#$%^#$%^*&^%$#@#$%^&$$%^&*&@@#&#&^(*)*&^$@@#$**!@#$%&%#!@^*&^%@#$%^&*$#$%^(*&^%$@#&^$@#%**&%$##@#%*(**^$#@$^&@#$%^&$#@#$%&^&&&^%$##$#%&*(&^%##@$&*&^$###$%^*&^%#@%$^&*((*&^$#@@#*&^%$#@@##$%$^&^$@#$%&^&*(*(*(*&^&%%$$###@$^^***!@#$%^@^&**^&*#$%^&*%^&*@#$%^&**&^%$##$%&*%$#$%^)*&^%$%%$#$%^&*(^#$%^&*(&^#$%^&*(#$%^*(#%$$%&**&%$#@@$^*&$@@^%&^*%%^@#@%$^%&)*&$**$^&(*&^%$#!@#$%&^*((*&%$@!&*^$!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, Mac 29, 2011

Kemarahan Penyambut Sengsara



Kali nie putera nak berceloteh skema sikit sebab hujan membekukan otak. Mungkin sifat ini ada pada putera dan mungkin ada pada pembaca yang lain. Mari kita lihat n daca bersama-sama serta mengamalkan sendiri-dirian


keeGoan itu adalah permulaan pada sifat marah. Besar keegoaan seseorang, makin kuat marah seseorang. Sama juga dengan kedudukan seseorang. Makin tinggi panggak seseorang, makin tinggi keegooan seseorang. serupa la manusia yang lain yang mempunyai banyak harta. Kaya raya, hartawan, berduitwan, sampaikan perangai seakan2 setan. hahaha..gurauan mengeratkan silaturrahim..hehe
hampir semua manusia pada masa kini ada sifat marah. Itu belum tambah dengan sifat hasad dengki, kianat, sakit hati dan sewaktu dengannya. Kenapa serta mengapa kita harus marah?? Teringat kata-kata syair Arab 'takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata ''barangkali'' dan ''kalau''.'

Segala keleman serta kesilapan merupakan ujian yang di turunkan kepada kita untuk menguji keimanan da ketaqwaan sebagai hamba-Nya. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 



"" Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. ""

Kisah ini bukannya bermaksud Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. 



Terdapat pelbagai cara serta langkah yang dapat kita ambil dan amalkan agar kita dapat mengawal sifat amarah kita.

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah insan yang hina di bumi ini.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.


f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu


datangnya daripada syaitan.


g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu sebab dengan wudhu dapat menredakan api kemarahan yang sedang membara.


h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. 



Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.


Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.


Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan degn fikiran dan akal sebelum dia menjalar ia tidak ubah seperti api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan akal akan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. 




Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan sekelilingnya habis menjadi bara biarpun diusahakan menyiram dengan ketulan ais.. maka ketulan ais penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambahkan garangnya api. 


Bagi mengurangkannya berbanyak-kanlah. Beristighfar itulah saja senjata orang2 mukmin...............

Sabtu, Mac 26, 2011

KeeGoaanku.......

terlalu perit untuk ku hapuskan....
makin sebati hingga mencegkam ke tulang...
didalam ada rintihan, di dalam ada trajedi...
terdengar tapi tiada upaya...
biar meronta, bagi ku tiada makna...

aku yang ingin hilang...
silap dan silam...
yang dulu tiada pedoman...

lukisan kalbu insan ku yang semakin lebur...
kealpaan yang semakin mlebur...
di dalam setiap detik waktu...

berat bebanan pandangan semakin hitam..
kanan dan kiri seakan sinis memandang...
sengsara hidup ku sezaman...
rintihanku tidak tertahan...

bawalah diri nie pulang..
mencuci dosa silam...

Khamis, Mac 24, 2011

Penyesalanku....

Tiada maksud mengecilkan hati...
tiada maksud menguriskan hati...
sememangnya betul pandanganmu...
sememangnya betul teguran hatimu...

Hanya hati mengerti penyesalan diri...
penyesalan menguriskan hati...
hati yang suci menwangi...
oleh sang putera yang tidak peduli...

Ingin di ulang sekali lagi...
agar hati bebas derita...
derita hati mengecilkan hati...
mengecilakan hati sang pencinta....



Rabu, Mac 23, 2011

Menjadi Pahlawan


Jika disebut tentang pahlawan, tentu ramai terbayang akan seorang lelaki gagah menggenggam sebilah pedang.
Pedang yang tajam, bersilau. Tapi bukan itu yang penulis maksudkan sebagai pahlawan. Pahlawan yang putera maksudkan adalah pejuang. Pejuang yang berjuang untuk mencapai matlamat. Tidak kisah la sama ada matlamat individu atau matlamat kumpulan. Kenapa putera cerita tentang pahlawan ini???

Sebab putera berceloteh tentang pahlawan nie dalam minggu nie sahaja, putera telah melalui peristiwa sebagai pejuang. Menjadi pejuang menawan puncak Gunung Bubu. Siap ada tawanan lagi.

Semasa mula menjejak kaki di sana. Mood pahlawan tu memang down dah. Tapi bila bayangkan keindahan puncak gunung, kepuasan dapat sampai ke puncak n ingin merasa semangat kerjasama sesama ahli. Mood berjuang tu terus membara. Kerjasama antara ahli memang tip top la. Walaupun dugaan kali ini x sehebat dugaan d gunung bintang tapi kenagan tu tetap indah. Tetap ada keunikkannya yang tersendiri.

putera selitkan juga pic yang ada agar mewujudkan kejelesan pembaca.
hahaha









Tapi sebelum bergembira di puncak, kami terpaksa menderita dengan musuh yang tidak diundang. Nak tau
 siapakah musuh itu...........



bayangkan lah.....

tidur bersama pacat di malam hari..berjalan bertemankan pacat di siang hari...

tapi dengan kecekalan serta semangat pahlawan, kami di bayar dengan keindahan ciptaan yang Maha Esa.







Kepuasan terpancar di setiap wajah kami. Alhamdulillah...........


Selasa, Mac 15, 2011

Malique

Aku sememangnya suka pada kanak2. Tambah2 kanak2 laki. Dia pnyo comel tak jemu mata memandang. syok ja tengok gelagat dia. sekarang dah berusia 11 bulan. Lagi sebulan cukup setahun. Tapi dah pandai posing macam dah 3 4 tahun. Nie dia pic aku snap. Comel la..........

 

 
senyum malu2.....

 


sedang fikir nak possing mcm mna....hehe