BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, Mac 11, 2011

Bebas atau Terkongkong???


Post kali nie aku nak cerita tentang hal yg berlaku petang tadi. Adakah kebebasan yang kita cari dapat membahagiakan kita?? Atau kongkongan akan membahagiakan kita??

Persoalan yang sering dimainkan oleh remaja kini. Mereka inginkan kebebasan, kebebasan yang sebagaimana mereka inginkan?? Adakah kebebasan tanpa kongkongan keluarga??Atau kebebasan tanpa ikatan dan peraturan hidup??

Jika itu yang diinginkan remaja,mengapa masih ada yang bersedih??Mengapa masih ada yang kecewa?? Persoalan ini pula yang timbul ketika aku melihat seorang gadis yang kesedihan, raut wajah yang kecewa. Padahal aku tengok segala kebebasan yang dia ada. Rambutnya bebas di lihat lelaki bukan muhrim, dada yang putih bebas merasa angin petang, tangan yang bebas di sentuh pelbagai lelaki, kesemuanya bebas. Tapi mengapa masih bermuram??mengapa masih kecewa??

Mungkin si gadis tu ada masalah keluarga. Ya, itu mungkin.
Mungkin si gadis tu ada masalah dengan BF. Ya, itu mungkin.
Mungkin si gadis tu ada masalah dengan study. Ya., itu mungkin.

Segalanya mungkin. Dan mungkin juga si gadis tu ada masalah dengan kehidupan yang terlampau bebas. ITU JUGA MUNGKIN.

Selepas aku berjalan dan berpikir dan terus berpikir secara manusia yang serba kekurangan ini. Aku rasa kerana terlalu bebas si gadis tu kecewa. Kecewa kerana kebebasan tidak membahagiakan dia. Kenapa??? Sebab, kebebasan yang dia pilih tu salah. Silap. Tak betul.
 
Selagi sesorang tu bergelar insan, bergelar manusia dan bukannya mayat selagi tu la manusia tu, insan tu kena ikut peraturan. Kena hidup dalam kongkongan yang membawa kebahagiaan. Kenapa??? Sebab, kongkongan dalam agama membawa kebahagiaan. Lelaki lain haram menyentuh wanita yang bukan muhrim untuk apa??Untuk lelaki tu mencurahkan kasih sayangnya pada wanita yang halal dan harus serta wajib lelaki tu boleh menyentuh wanita tu. Dengan ini, kasih sayang yang di salurkan pada lelaki itu tidak akan berbelah bahagi pada wanita lain.

Si gadis tadi adalah contoh tauladan. Bukan contoh hinaan. Tiada manusia sempurna bak bulan purnama..........

0 ulasan: